Pasukan Futsal Wanita
Karnival Sukan Anak Muda Peti
Undi FELDA Neram 2/ Bandar Cheneh Baru berlangsung
meriah dengan pelbagai pertandingan
sukan seperti futsal, karom, sepak takraw, dan ping pong. Penglibatan
masyarakat setempat yang bermula sejak awal pagi ini amat menggalakkan. Penyertaan
keseluruhan adalah seramai 200 orang.
“Aktiviti seperti ini sebenarnya
amat baik diterapkan kepada golongan muda agar mereka tidak terlibat dalam
gejala yang tidak sihat”, Sdra. Sani B. Abdul Rahman, Pengurus FELDA Neram 2.
Sdra. Abdul Sani B. Abdul Rahman
Selain dapat menghimpunkan pelbagai generasi untuk berkumpul dan
bertukar-tukar pendapat, karnival ini juga dapat dijadikan satu medium bagi
mencungkil bakat yang terpendam di kalangan
belia FELDA . Tidak mustahil sekiranya mereka berpotensi, mereka berpeluang
untuk berbakti untuk negeri Terengganu sendiri mahupun Negara sebagai peserta
dalam bidang sukan.
Felda Cherul 1 dan 2 turut menjadi perhatian seluruh negeri Terengganu kerana
pernah menerima Anugerah Kampung Tercantik kategori ‘Edible Garden’ peringkat Felda Kebangsaan selama dua tahun
berturut-turut. Setiap anugerah, kampung ini menerima RM20, 000.
FELDA Cherul, Kemaman
Menurut Sdra. Mohd. Fauzi B. Mat
Adam, kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah atas kerjasama semua pihak
termasuk golongan belia. Penglibatan belia amat memberangsangkan termasuk dalam
keselamatan dan keceriaan kampung. Untuk mencapai kejayaan yang membanggakan
ini, kerajaan turut bekerjasama membantu
terutamanya daripada YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan YB. Wan Abdul Hakim B. Tan Sri Wan
Mokhtar, ADUN Air Putih.
Keunikan dan keindahan kampung ini
terserlah apabila setiap rumah menanam tanaman sebagai salah satu sumber
makanan asas seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di sekitar rumah
masing-masing. Tumbuh-tubuhan tersebut
akan dimakan sendiri dan juga di jual di pasar tani. Ini juga menjadi salah
satu sumber pendapatan penduduk setempat.
hehehehehe artikel bodex giler babi punya..
ReplyDeletetolonglah sederhanakan pemikiran DANGKAL sedara.....pergilah cari pencerahan
Deleteyg JELAS, mmg tak da ayat bodek....negatif betul pemikiran sedara ni
heheh aku pon tak tahu apa aku buat kat blog nih...tapi macam seronok lak feeding anjing pr...ewah~
ReplyDelete