Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Monday, December 10, 2012

Belia Ibok Harus Bersatu Atas Satu Platform




JKKK sebagai  organisasi utama dilihat sebagai paksi utama dalam menentukan hala tuju dalam sesebuah komuniti. JKKK yang merupakan gabungan ‘orang kuat’ di dalam komuniti menjadi satu badan perantara antara pihak kerajaan negeri dan penduduk setempat .

Namun di sesetengah kawasan, JKKK digesa agar mengambil pendekatan segera dalam menyelesaikan segera permasalahan dalaman yang timbul.  Seringkali permasalahan dalaman yang timbul boleh membantutkan aktiviti belia setempat.

Berdasarkan temuramah dengan sekelompok belia di kawasan Ibok, perpecahan atas sebab masalah dalaman komuniti boleh diselesaikan melalui persefahaman dan perbincangan dari hati ke hati. Masalah ketidakpuasan hati kepada  paksi utama dalam komuniti akan memecahbelahkan penduduk setempat kepada 2 kumpulan berbeza.

Usaha untuk kembali bersatu atas satu platform harus dicari dan diberi tumpuan oleh pihak berwajib terutamanya JKKK dan persatuan belia di peringkat negeri. Badan perhubungan belia harus mengambil tindakan drastik bagi mewujudkan penyatuan kembali belia di Kampung Ibok.

Sebenarnya perpecahan belia di sesuatu kawasan hanya akan merugikan sesebuah institusi di kawasan tersebut. Tiada kerjasama dari belia yang sepatutnya menjadi “orang kuat kampong”  adalah sesuatu yang amat merugikan kawasan tersebut kerana tenaga belia yang dipandang agresif perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Seperti di Kampung Ibok, JKKK kampong tersebut harus bertanggung jawab untuk menyatukan belia di kampung tersebut. Langkah untuk memberi sokongan kepada belia adalah amat penting dan perlu diberi perhatian segera.

Sebagai contoh, cawangan perlu menubuhkan persatuan belia tunggal dan bergabung dengan persatuan gabungan yang terdapat di kawasan masing-masing Dengan adanya persatuan belia berdaftar, bantuan dalam bentuk dana untuk menjalankan program boleh disalurkan. Ini adalah kerana sekiranya belia-belia menghadiri program-program yang dianjurkan, penyatuan belia pasti akan berlaku secara tidak langsung di Kampong Ibok.

-- P040 B

No comments:

Post a Comment