Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Thursday, December 6, 2012

Bukti Kerajaan BN Bantu Peniaga

Pantai Kemasik yang terletak di Kemaman  kelihatan indah dan meriah dikunjungi  pelbagai lapisan masyarakat. Keindahan pantai yang semulajadi menjadi tarikan pelancong  samada dari dalam mahupun dari luar Negara. Keunikan pesisir pantai dan keindahan hamparan Laut China Selatan yang damai memberi  ketenangan kepada para pengunjung yang hadir.

Penduduk sekitar tidak melepaskan peluang yang sedia ada. Minat berniaga membawa Cik Salina Bt. Ibrahim  terlibat dalam aktiviti berniaga makanan di kawasan gerai menjual makanan yang disediakan oleh pihak  Majlis Perbandaran Kemaman.

Berkongsi pengalaman bersama beliau yang telah berkecimpung dalam bidang ini di kawasan tersebut sejak 7 tahun yang lalu amat menarik. Menurut beliau, perniagaan sebelum ini dijalankan di kawasan lain yang kecil dan tiada kemudahan. Namun, peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan ini tidak dilepaskan begitu sahaja.


Antara pemandangan kawasan pesisir pantai yang menarik.

Selain gerai jualan yang luas dan disediakan semua kemudahan untuk para peniaga, beliau juga menerima bantuan dari segi modal pusingan dari MARA sebelum ini. Akan tetapi kini beliau  menerima tawaran dari  Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK). Pernah juga pihak Tekun Nasional datang bertemu beliau untuk menawarkan pinjaman kewangan. Namun beliau tolak tawaran tersebut kerana bagi beliau bantuan daripada  Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) cukup dan memadai untuk meningkatkan perniagaan beliau.

Cik Salina Bt. Ibrahim, Peniaga

"Sebelum ini, memang pengunjung sekitar biasa makan kat gerai saya ni. Jadi, majoriti pelanggan  saya ni adalah mereka yang kenal saya. Lagipun, gerai di sini disediakan dengan kemudahan seperti air dan elektrik", Cik Salina Bt. Ibrahim.


Dari segi ekonomi, beliau sememangnya berasa teruja kerana sumber pendapatan juga meningkat walaupun kehadiran pengunjung adakalanya bermusim. Apabila tiba musim cuti sekolah, ramai pengunjung datang berkungjung bersama keluarga masing-masing. Pengunjung dari luar Negara juga  turut sama menyaksikan keindahan alam yang terdapat di Malaysia ini khususnya di Kemaman. 

Akhir sekali, beliau mengharapkan agar tempat tersebut mendapat publisiti meluas supaya bilangan pengunjung semakin bertambah dan seterusnya meningkatkan pendapatan para peniaga di kawasan berkenaan. Selain itu, pihak berkuasa terutamanya kerajaan perlu sentiasa memantau kawasan tersebut sekiranya perlu penambahbaikan atau sebagainya demi kebaikan bersama.

Kawasan permainan kanak-kanak disediakan berhampiran pantai.

P040A


1 comment: