Apabila sesebuah organisasi mendapat nama dengan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan, itulah satu-satunya bukti di mana kerajaan sangat mengambil berat dan memperjuangkan hak penduduk-penduduk peneroka.
Ianya terbukti di Felda Cerul Sungai Putih Kemaman
Terengganu di mana felda tersebut telahpun mengecapi pelbagai kejayaan di
peringkat kebangsaan. Terbukti sokongan penduduk yang jitu kepada kerajaan
telah membuktikan kejayaan felda tersebut.
Pembangkang yang mencipta kumpulan oren penentang kerajaan dilihat sia-sia oleh penduduk Felda Cerul kerana apa yang dikecapi selama berzaman di felda tersebut boleh dikatakan sempurna dan cukup untuk melengkapi kehidupan mereka sebagai penduduk felda.
Apabila Felda Cerul menjadi juara dua tahun berturut-turut bagi
pertandingan felda tercantik untuk peringkat kebangsaan. Ini semua merupakan
bukti kerajaan sentiasa mengambil berat kepada penduduk felda yang memberi
sepenuh kerjasama untuk pembangunan negara.
Bayangkan sekiranya pembangkang yang tiada pengalaman memerintah negara Malaysia, adakah mereka boleh memberi dan membantu penduduk felda seperti apa yg kerajaan beri sekarang? Pabila dilihat kumpulan OREN yang ditubuhkan pun mengecapi kegagalan, apatah lagi hendak mentadbir felda yang kini sudah sedia sempurna.
Mungkin ada beberapa penduduk felda yang kecewa menyokong
pembangkang di Malaysia ini. Cuba anda sisat dan lihat mereka yang menjadi
pembangkang, adakah mereka mengecapi kejayaan seperti yang ditunjukkan di Felda
Cerul? Sudah tentu kegagalan yang akan diperolehi. Ini terbukti apabila anda
melihat perbezaannya sendiri.
Kesimpulannya, sokongan penduduk felda kepada kerajaan sudah
pasti akan membuahkan hasil seperti yang diperolehi oleh penduduk Felda Cerul.
Bukalah minda agar lebih terbuka untuk menyokong kerajaan dalam memajukan
institusi yang memberi anda rezeki selama ini.
P040A
Bendera je BN belum tentu sokong pung..Jangan mimpi la woi..
ReplyDeletesayur-sayur diatas bukti rakyat sokong BeeEnd? apa punya kelas mentaliti? jangan bodohkan orang Felda la woi...orang Felda tak sebodoh Juak-Juak BeeEnd!
ReplyDeletekenyataan sedara ni menunjukkan sedara seperti kekurangan sesuatu....ermmm....MENTALITI?....KEBIJAKSANAAN?....pilih la sendiri
DeleteTo Demi Rakyat
ReplyDeletemanusia kalau tak boleh menerima hakikat kebenaran maksudnya ada masalah dalaman yg kronik.....nak sokong pembangkang apanya kalau benderapun org FELDA tak mau pacak.....udah2lah dgn sifat KUFUR NIKMAT tu
banyak dan panjang tulisan..yang dia nampak sayur jer? kih kihkihkihkh ini lah otak PR kih khik ih kelakar dan membodohkan, tapi bajet pandai...kihkhikhikihkhi
ReplyDeletedia lebih tertarik pada GAMBAR....seperti kanak2 tabika/sekolah rendah....mereka gemar melihat gambar berwarna dr membaca ayat yg panjang2
Deletekita tak kisah jika umurnya 3-12tahun...tetapi jika dah DEWASA?.....ermmm
Kalu dh karat kerajaan tu cakap jer la...dh xnampak ker mana baik @ buruk...xsemua org kt felda cerul tu sokong kerajaan...walaupun minoroti...sedikit sebanyak memberi kesan pada pentadbiran felda...
ReplyDelete