Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Friday, December 7, 2012

Isu Pemberian Tanah : Generasi Kedua Felda Tuntut Penjelasan Kerajaan Negeri

400 lot tanah yang dijanjikan untuk diagihkan kepada generasi kedua Felda seluruh Terengganu masih  dipersoalkan tarikh penerimaannya oleh penduduk Felda Neram 2.

Dakwa mereka, lot-lot tanah ini dijanjikan oleh Menteri Besar sendiri bagi memastikan golongan generasi kedua dapat memiliki tanah sendiri sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu dalam pertemuannya dengan wakil Felda telah berjanji untuk  mengenalpasti tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah kerajaan.

Pihak Pejabat Tanah dan Daerah telah diberikan tugas untuk membuat `layout’ dan berbincang dengan pihak berkenaan untuk diagihkan kepada peneroka (generasi kedua) Felda untuk masa depan mereka bagi mendirikan rumah sebagai penempatan mereka.

Namun sehingga kini ia masih belum mencapai sebarang keputusan dan penduduk juga tak dimaklumkan tentang perkembangan hal berkenaan.

Seorang anak felda generasi kedua yang ditemui (tidak mahu dikenali) menyatakan perasaannya bahawa sampai bilakah perlu dia menunggu untuk mendapatkan jawapan berkenaan pemberian tanah tersebut.

"Bukanlah saya tamakkan harta tetapi saya hanya menuntut apa yang telah dijanjikan." Ujarnya lagi.

-- P040 B

7 comments:

  1. Nak tunggu PRU13 baru nak umum? lepas tu ugut rakyat kalau tak sokong BN atau BN kalah tanah tak dapat,Rakyat kemaman jangan buang masa sokong BeeEnd!

    ReplyDelete
  2. kih kih kih habis tuh nak kena sokong PR? biar felda jadi macam ladang rakyat? kihkihkihkih kutuk bn, nanti amik kredit pon dari bn... sedih.....

    ReplyDelete
  3. aku cerita di kemaman la bodoh hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  4. kih kih kih kih kih abis tuh aku citer kat selangor ker? kih kih kih

    ReplyDelete
  5. la,ko baca tak apa artikel nie? jangan jadi bodoh sangat la woi.. story ni Felda kat Kemaman..apa citer ladang rakyat?nak lari isu biar bijak skit..hhehehhehehe

    ReplyDelete
  6. awat? kat kemamang takdo ladang rakyat? ih kihkihkihkihkih... lari isu kerja anjing PR...

    ReplyDelete