Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Saturday, December 8, 2012

Kemaman - Pertandingan Bubur As-Syura Eratkan Silaturrahim Pemimpin dan Masyarakat

BINJAI - Pertandingan Bubur As-Syura Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan dengan penyertaan melibatkan sebanyak 266 peserta yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan antaranya Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Pejabat Daerah Kemaman, JPJ Kemaman, Perpustakaan Daerah Kemaman, Majlis Belia Daerah Kemaman dan banyak lagi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu pagi tadi. Beliau juga turut mengadakan lawatan di setiap khemah yang dan beramah mesra bersama penduduk di Kemaman ini. Cabutan bertuah juga turut menjadi acara sampingan bagi memeriahkan pertandingan ini. Menariknya juga Kelab Remaja Terengganu turut membuat tabung hulurkan bantuan kanak-kanak GAZA. Tabung ini akan dihulurkan kepada rakyat Palestin yang sekarang memerlukan bantuan.

Pertandingan bubur As-syura ini dikatakan berkaitan dengan peristiwa Nabi Nuh yang diselamatkan oleh banjir besar, maka dibuatlah makanan yang ada. Dari segi penilaian pertandingan ini dibuat adalah dari segi rasa, kebersihan dan kreativiti peserta. Pertandingan ini adalah kali ke-4 yang telah diadakan di mana sebelum ini diadakan di Dun Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih.


Menurut En.Zulkifli Muhammad, Program ini amat sesuai untuk mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain, ianya memberi peluang masyarakat setempat menonjolkan kreativiti mereka dan juga memberi peluang masyarakat mengenali pemimpin sedia ada.


Dalam pada itu, kerjasama  pasukan yang wujud di antara satu sama lain memukkan semangat berkumpulan yang jitu di kalangan rakyat Terengganu, ini juga menunjukkan program menyatupadukan masyarakat dengan lebih ampuh lagi.

No comments:

Post a Comment