Thursday, December 6, 2012
Penduduk Kg. Gong Pauh Mahu Masalah Banjir Diselesaikan
Penduduk Kg. Gong Pauh menggesa pihak berkuasa untuk lebih serius tangani masalah banjir yang kerap kali berlaku di kawasan ini kerana permasalahan ini sudah melampaui batas kesabaran penduduk.
Masalah ini berpunca dari permasalahan sistem perparitan yang mana saiz parit di sini terlalu kecil dan tidak mampu untuk menampung jumlah air yang banyak sekiranya berlaku hujan yang lebat.
Acapkali penduduk suarakan kehendak mereka agar sistem perparitan disini ditambah baik seperti dibesarkan saiznya dan melakukan pembersihan sampah sarap.
Seorang penduduk yang ditemui, Azhar Tan (57) berkata, banjir yang kerap berlaku telah menyebabkan banyak barang-barang elektrik di rumahnya telah rosak malah dinding rumah juga telah menjadi kotor yang teramat sangat.
"Dimana kata-kata pemimpin yang kononnya mendahulukan rakyat? Hari ini rakyat benar-benar ditimpa kesusahan tetapi kami dibiarkan." Ujarnya lagi.
Penduduk disini memohon untuk kali terakhir kepada sesiapa yang berkaitan untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar yang segera.
-- P040 B
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment