Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Monday, December 10, 2012

Masalah Banjir Masih Menjadi Tanda Tanya Di Kampung Ibok.



Salah sebuah rumah yang berhampiran sungai sering dilanda banjir.

Dilema yang masih membelenggu para penduduk Kampung Ibok yang terletak di DUN Kijal masih menjadi tanda tanya dan ianya merupakan masalah bagi penduduknya dikala kerajaan sedang bersungguh-sungguh menangani masalah tersebut.

Keadaan muka bumi yang tidak rata menyebabkan permasalahan tersebut menjadi masalah untuk penduduk dari kawasan sekitar jika tibanya musim hujan. Air akan menaik secara mendadak lebih-lebih lagi di kawasan yang rendah. Perkampungan yang hampir dengan sebuah sungai menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan nombor satu akan mengalami banjir.

Walau bagaimanapun, masalah tersebut juga mendapat perhatian dan usaha kerajaan dalam menyediakan pusat gerakan dan pemindahan bagi mangsa-mangsa tersebut. Usaha yang disedari oleh penduduk sekitar mendapat respon positif oleh penduduk sekitar dan diakui sendiri oleh mereka yang menyokong pembangkang.

Namun begitu kerajaan juga bertungkus lumus berusaha bagi mengatasi masalah bagi sistem perparitan dan saliran. Penduduk juga sedar keprihatinan kerajaan bagi membantu mereka. Banyak sistem perpritan baru telah dibuat jika dipantau dengan teliti. Parit yang kecil kini telah ditukarkan dengan parit yang lebih besar.

Apa yang menjadi kebanggan, penduduk sekitar Ibok telahpun menyedari perubahan semasa kerajaan BN memerintah. Kemajuan dilihat membangun dengan begitu pantas berbeza dengan pembangunan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dahulu.

Menjadi perkara positif apabila menemubual penduduk setempat yang senang dengan kerajaan BN yang memerintah sekarang. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa penduduk Ibok kebanyakkan sudah pun tahu siapa yang harus dipilih pada PRU13 akan datang.

-P040A

1 comment:

  1. nampaknya semakin meningkatlah bilangan pengundi Ibok yg akan mengundi UMNO....harap pemimpin pembangkang jgnlah terlalu kecewa jika GAGAL sekali lagi di Ibok....terimalah takdir Allah & bantulah pemimpin yg dipilih utk memajukan lagi Ibok

    ReplyDelete