Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Thursday, December 6, 2012

Pengarah IKBN Kemasik Bangga Lahir 80% Pelatih Yang Bekerjaya


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu telah ditubuhkan pada 19 Disember 2007 dan mula beroperasi secara rasminya pada 18 Oktober 2010. IKBN Kemasik telah dirasmikan sendiri oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Institut yang didirikan diatas keluasan seluas 50 ekar ini mampu menampung sehingga 500 orang pelatih pada satu masa dan telah memulakan sesi pengambilan pertama pada Julai 2011.

Mohd Fauzi Bin Hj Ariffin, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik berbangga kerana IKBN Kemasik telah melahirkan ramai belia yang mahir dalam pelbagai bidang. " Hampir 80% pelatih yang sudahpun mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka di IKBN ini ".  Antara kebanggaan utama IKBN Kemasik ialah telah berjaya menghasilkan tenaga kerja bagi membantu kemajuan ekonomi di Malaysia.

IKBN Kemasik juga menghasilkan tenaga kerja dalam bidang pengurusan latihan di mana terhasilnya pekerja-pekerja dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga pekerja mahir dalam jabatan hospitaliti , perhotelan, perkhidmatan personel, dan multimedia. IKBN Kemasik menjalankan konsep latihan bersepadu di mana melibatkan kemahiran teori dan praktikal.

Usaha kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan yang baik telah tercapai dengan terhasilnya belia yang berjaya. Antara kejayaan kerajaan yang jelas dapat dilihat ialah produk dari IKBN di mana sudah ramai belia yang kurang mahir dalam akademik mendapat pekerjaan dan menjadi orang yang berguna untuk negara.

Kejayaan belia-belia lepasan IKBN Kemasik adalah kerana kerajaan telah menyediakan sebuah pusat pengajian yang sangat selesa. Antara kemudahan yang terdapat di IKBN Kemasik ialah seperti tempat tinggal, makanan dan minuman secara percuma. Kemudahan fasiliti yang disediakan sedikit sebanyak membantu pelatih memberi lebih tumpuan dalam pembelajaran. Selain dari itu pelatih juga diberi wang saku sebanyak RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa menjalankan latihan industri.

Pengarah IKBN Kemasik sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah menyediakan sebuah institusi pengajian yang serba lengkap dan sempurna. Ini menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam menitik beratkan pendidikan kepada golongan belia yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian di IPTA dan IPTS yang memerlukan kelulusan akademik yang tinggi.

Kesimpulannya peluang yang telah diberikan oleh kerajaaan ini adalah bukti yang menunjukkan keperihatinan kerajaan bagi menghasilkan golongan belia yang berjaya untuk bekerja dalam pelbagai bidang.

11 comments:

  1. Apa Zaman PR nanti Kami tak mampu Bina IKBN ke? bongok

    ReplyDelete
  2. Zaman PR nanti?kih kih kihnkesian, IKYS pon tutup.

    ReplyDelete
  3. Mampu Bina atau Mampu Tadbir? Unisel?

    ReplyDelete
  4. IKYS Tutup bukan sebab tak mampu,PR Selangor buat pusat latihan.. Setakat Buat IKBN pun nak kecoh...Orang susah masih ramai lagi kat Kemaman ni,Sebab tu aku confident Rafizi akan menang kat kawasan ni.. Rakyat Tak Sabar Tukar Kerajaan Di Terengganu..Royalti masuk ke Poket Kroni!puih...korang jangan celaka sangat sokong BN membabi buta..korang ni balaci je..berapa BN bayar korang ni buat kerja gampang mcm ni?

    ReplyDelete
  5. Rafizi ramli nk btnding kt sini? puihhh..!! x layk lgsung..bkn rakyt yg nk amik alih tganu, pktan haram yg nk amik alih..

    ReplyDelete
  6. Biarlah si Rafizi Lembu tu nk bertanding... nk jugak tgk die tersungkur di Kemaman..

    ReplyDelete
  7. Mana ko tau tak layak? ko orang kemaman ke? setakat dimomokan UMNO/BN korang zero la beb..Rafizi anak tempatan..Rakyat dah serik,tiada perbezaan tiada pembaharuan dalam Masa 4 Tahun ni..

    ReplyDelete
  8. sokong bn, dituduh dibayar, dituduh balaci...isk isk isk....er...abang dibayar berapa banyak dari PR? kih kih kih kih Rakyat tak sabar tukar? atau PR yang tak sabar? kihk ih kih nak menang guna nama rakyat..sumbangan pada rakyat? nil~ zero~ sedih...royalti masuk poket kroni? buktikan...

    ReplyDelete
  9. Hahahaha Jawab la bodoh,apa BN buat 4 Tahun ni di Kemaman?jangan citer gebang la..jangan alih isu beb

    ReplyDelete
  10. Kalau korang tak dibayar tak kan korang buat keje bodoh ni tiba2 cover IKBN...hehehehehe xda angin xda ribut tiba2 je cover IKBN..

    ReplyDelete
  11. saya tak cover ikbn..saya suka ikbn....kat sapa boleh saya mintak duit??

    ReplyDelete