Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Saturday, December 8, 2012

Pemimpin Prihatin, Rakyat Terjamin


Rakyat adalah nadi sesebuah negara. Rakyat yang produktif  mampu membawa negara ke tahap yang maju seiring dengan negara-negara yang lain dari segi pembangunan ekonomi. Rakyat juga mampu merubah politik setempat. Dengan itu, 'rakyat' adalah aset penting untuk dijaga dan diberikan perhatian agar pendirian mereka tidak mudah goyah.

Pemimpin merupakan ketua bagi sesebuah komuniti setempat dan mengetuai kumpulan tersebut. Isu yang timbul apabila sesetengah pemimpin memegang tampuk pimpinan alpa dengan tanggungjawab mereka dan lupa kepada harapan rakyat. Keinginan rakyat dibiarkan. Permintaan rakyat tidak dilaksanakan. Dengan itu, rakyat kecewa dan mula menyimpan perasaan tidak berpuas hati. Perkara ini mampu menggugat kedudukan pemimpin tersebut di masa hadapan.

Kenapa perlu wujud situasi seperti ini? Perkara ini mungkin sebilangan pemimpin tidak mengambil endah dan merasakan kedudukannya masih seperti dulu, yang mana sokongan rakyat dibawahnya masih teguh dan utuh. Kita perlu luaskan pandangan kerana rakyat di zaman kini tidak sama seperti 10 tahun yang lalu yang mana minda mereka masih terikat dengan tradisi. Namun keadaan sekarang sudah berubah dimana minda rakyat golongan muda kini terbuka. Mereka tahu menilai berdasarkan pendapat, pengetahuan semasa serta mudah  mendapat info-info melalui media massa dan  media baru.

Sebagai pemimpin, kita perlu bijak menyelesaikan permasalahan ini. Pemimpin harus berusaha melaksanakan tanggungjawab dan janji-janji yang masih belum dilaksanakan. Segala 'hutang-piutang' harus dilangsaikan agar rakyat masih percaya dengan kepimpinan dan tidak mustahil masih mengharapkan agar pemimpin tersebut masih memimpin mereka. 

Ini yang kita harapkan untuk masa hadapan negara supaya masih kekal dalam pemerintahan kerajaan sedia ada. Isu-isu yang timbul bermula dari akar umbi. Oleh itu, pemimpin  harus turun padang dan melihat sendiri permasalahan rakyat sekalian. Rakyat melihat pemimpin dalam pelbagai sudut. Perkara yang dianggap remeh oleh sebilangan 'orang-orang besar' adalah perkara yang berat dipikul khususnya oleh penduduk kampung.

Pemimpin juga harus melihat hasil kerja orang bawahan kerana terdapat perkara yang timbul disebabkan oleh 'orang perantara' ini tidak melaksanakan tugas seperti yang diarahkan. Mungkin pemimpin hanya memantau perlaksanaan sesuatu perkara tetapi tidak melihat atau memastikan kesan positif hasil usaha murni tersebut. Seperti contoh pemberian bantuan kepada penduduk kampung, sebilangan mereka terasa terabai disebabkan sebilangan daripada perantara pemimpin tersebut memberikan sumbangan kepada penduduk kampung yang tertentu sahaja.

Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin harus melihat permasalahan di peringkat akar umbi. Adakalanya penduduk kampung terasa terabai disebabkan perkara-perkara yang remeh. Penduduk kampung biasanya adalah orang yang sensitif dan mudah terpengaruh kerana mereka tidak akan mencari kebenaran dan hanya melihat kepada logik akal sahaja. Marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk menjadikan diri sebagai seorang pemimpin yang disanjung, disayang dan mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Semoga usaha murni membantu sebaik yang mungkin dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya akan mendapat imbuhan di akhirat kelak.

#P040A

4 comments:

  1. Prihatin mendanya bongok? Jalan lubang sikit pun sampai hari ni tak repair..hahahahhaha kelakar la wei,Tempat MB pun banyak lagi orang susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yg tak marah kalau jalan lubang2...akupun hangin satu badan....tapi kalau disebabkan jalan lubang sikit terus TERPADAM semua keprihatinan kerajaan yg lain, itu maksudnya kita ada masalah hati.

      jika jalan berlubang & org susah menjadi penilaian KEBONGOKAN pemimpin sesuatu tempat, harap2 sedara dahpun pergi ke Kelantan...cuma aku takut sedara lagi byk terkeluar perkataan bongok bila pergi ke sana...sebab jalan sana bukan LUBANG SIKIT...tapi..hehe...rasa2nya sedara mesti tahu.

      Delete
    2. sekadar nak menambah.....Bob Lokman ada menyatakan semasa kempen PRK Kerdau....dia kata apa???

      "bila ada pilihanraya, diorang membuat jalan raya...diorang aaaa panggil buat habis repair semua JALAN KERETAPI...tapi sebenar, sebetul2nya di mana KEPENTINGAN JALAN RAYA tu kat kita sgt...di mana penting sgt..bukan hari2 kita jalan pagi petang siang malam, takkan tak boleh kalau keta masuk lubang sikit....kan?....takkan la nak straaaight aje jalan...jadi ni"

      inilah hasil keBIJAKsanaan penceramah sedara yg dibawa ke hulu ke hilir.....skrg sedara marah pulak dgn jalan LUBANG SKIT & lupa jasa kerajaan yg lain???....mana rasionalnya?

      Delete
  2. yeay~ kih kih kihkih ada juga kat sini..kihkihkih

    ReplyDelete