Labels

ANALISIS (1) BELIA (1) BERITA (1) CALON BN (1) CALON PAKATAN (1) FELDA (2) ISU (2) LENSA (1) OREN (1) RENCANA (1) VIDEO (1)

Monday, December 10, 2012

Masalah Banjir Masih Menjadi Tanda Tanya Di Kampung Ibok.



Salah sebuah rumah yang berhampiran sungai sering dilanda banjir.

Dilema yang masih membelenggu para penduduk Kampung Ibok yang terletak di DUN Kijal masih menjadi tanda tanya dan ianya merupakan masalah bagi penduduknya dikala kerajaan sedang bersungguh-sungguh menangani masalah tersebut.

Keadaan muka bumi yang tidak rata menyebabkan permasalahan tersebut menjadi masalah untuk penduduk dari kawasan sekitar jika tibanya musim hujan. Air akan menaik secara mendadak lebih-lebih lagi di kawasan yang rendah. Perkampungan yang hampir dengan sebuah sungai menyebabkan kawasan tersebut menjadi kawasan nombor satu akan mengalami banjir.

Walau bagaimanapun, masalah tersebut juga mendapat perhatian dan usaha kerajaan dalam menyediakan pusat gerakan dan pemindahan bagi mangsa-mangsa tersebut. Usaha yang disedari oleh penduduk sekitar mendapat respon positif oleh penduduk sekitar dan diakui sendiri oleh mereka yang menyokong pembangkang.

Namun begitu kerajaan juga bertungkus lumus berusaha bagi mengatasi masalah bagi sistem perparitan dan saliran. Penduduk juga sedar keprihatinan kerajaan bagi membantu mereka. Banyak sistem perpritan baru telah dibuat jika dipantau dengan teliti. Parit yang kecil kini telah ditukarkan dengan parit yang lebih besar.

Apa yang menjadi kebanggan, penduduk sekitar Ibok telahpun menyedari perubahan semasa kerajaan BN memerintah. Kemajuan dilihat membangun dengan begitu pantas berbeza dengan pembangunan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dahulu.

Menjadi perkara positif apabila menemubual penduduk setempat yang senang dengan kerajaan BN yang memerintah sekarang. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa penduduk Ibok kebanyakkan sudah pun tahu siapa yang harus dipilih pada PRU13 akan datang.

-P040A

Kerajaan Barisan Nasional Janjikan Manifesto Terbaik Untuk Rakyat Terengganu



Dalam manifesto kita nanti (Barisan Nasional Negeri Terengganu), kita akan memasukkan pembinaan rumah mampu milik khusus buat rakyat negeri ini. Dalam masa 5 tahun saya akan pastikan 10 ribu unit rumah mampu milik akan dibina oleh kerajaan negeri. Sehingga hari ini, 12,000 lot tanah telah diluluskan bagi membina rumah mampu milik.

"Januari tahun depan, pelabur dari Cina  akan mula melabur di negeri ini dengan pelaburan berjumlah RM21 bilion. Hospital pakar, second home, pusat permainan golf 18 lubang adalah bentuk pelaburan yang akan dibuat oleh mereka, menurut Y.A.B Dato’ Seri Ahmad Said Menteri Besar Terengganu dalam majlis perasmian penutup Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Peringkat Daerah Kemaman.

Dalam ucapannya juga beliau menyatakan bermula januari tahun depan, ternakan udang terbesar di negara dengan nilaian berjumlah RM600 juta akan dilaksankan diMerchang.

Kita juga akan memajukan sektor industri besi dengan pelaburan tambahan bernilai RM 3.8 bilion. Melalui penambahan tersebut, akan menyediakan peluang pekerjaan untuk seramai 2000 penduduk dinegeri ini, tambahnya lagi.

- P040 B

Belia Ibok Harus Bersatu Atas Satu Platform




JKKK sebagai  organisasi utama dilihat sebagai paksi utama dalam menentukan hala tuju dalam sesebuah komuniti. JKKK yang merupakan gabungan ‘orang kuat’ di dalam komuniti menjadi satu badan perantara antara pihak kerajaan negeri dan penduduk setempat .

Namun di sesetengah kawasan, JKKK digesa agar mengambil pendekatan segera dalam menyelesaikan segera permasalahan dalaman yang timbul.  Seringkali permasalahan dalaman yang timbul boleh membantutkan aktiviti belia setempat.

Berdasarkan temuramah dengan sekelompok belia di kawasan Ibok, perpecahan atas sebab masalah dalaman komuniti boleh diselesaikan melalui persefahaman dan perbincangan dari hati ke hati. Masalah ketidakpuasan hati kepada  paksi utama dalam komuniti akan memecahbelahkan penduduk setempat kepada 2 kumpulan berbeza.

Usaha untuk kembali bersatu atas satu platform harus dicari dan diberi tumpuan oleh pihak berwajib terutamanya JKKK dan persatuan belia di peringkat negeri. Badan perhubungan belia harus mengambil tindakan drastik bagi mewujudkan penyatuan kembali belia di Kampung Ibok.

Sebenarnya perpecahan belia di sesuatu kawasan hanya akan merugikan sesebuah institusi di kawasan tersebut. Tiada kerjasama dari belia yang sepatutnya menjadi “orang kuat kampong”  adalah sesuatu yang amat merugikan kawasan tersebut kerana tenaga belia yang dipandang agresif perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Seperti di Kampung Ibok, JKKK kampong tersebut harus bertanggung jawab untuk menyatukan belia di kampung tersebut. Langkah untuk memberi sokongan kepada belia adalah amat penting dan perlu diberi perhatian segera.

Sebagai contoh, cawangan perlu menubuhkan persatuan belia tunggal dan bergabung dengan persatuan gabungan yang terdapat di kawasan masing-masing Dengan adanya persatuan belia berdaftar, bantuan dalam bentuk dana untuk menjalankan program boleh disalurkan. Ini adalah kerana sekiranya belia-belia menghadiri program-program yang dianjurkan, penyatuan belia pasti akan berlaku secara tidak langsung di Kampong Ibok.

-- P040 B

Saturday, December 8, 2012

Pembangunan Yang Tidak Disedari Oleh Pembangkang Di Terengganu



Isu pembangunan seringkali dijadikan modal atau senjata yang dianggap ampuh untuk mengkritik kerajaan sedia ada, bukan sahaja di negeri yang mempunyai penduduk seramai 1.5 juta ini malahan di seluruh negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional oleh pihak pembangkang dewasa ini.

Kegagalan dalam membangunkan negeri Penyu Menangis ini telah menjadi skrip wajib yang seringkali dipentaskan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah yang diadakan di sini bagi melahir biakkan perasaan prasangka terhadap pemerintah di negeri ini

Namun kegagalan yang sebenar ialah kegagalan pihak pembangkang  dalam melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Terengganu sepanjang perkhidmatan yang diberikan oleh Barisan Nasional. Berkeluasan 12,955 kilometer persegi secara perlahan-lahan Negeri ini menembusi tembok dan benteng untuk berdiri sama tinggi dengan negeri lain dan inilah kegusaran yang sedang melanda pembangkang.

Salah satu kejayaan yang ditempa adalah kejayaan pembangunan sukan sehingga berjaya melahirkan jaguh basikal dunia, Azizulhasni Awang. Melengkapkan lagi kecemerlangan adalah kehadiran ratu basikal Asia, Fatehah Mustafa. Bola sepak juga telah berjaya berada ditahap yang membanggakan. Ini  bukan sahaja telah mengharumkan nama Malaysia malahan telah memartabatkan  Terengganu sebagai sehingga negeri ini tidak boleh dipandang enteng dalam arena sukan.

Jika pembangunan sukan bukanlah agenda yang boleh dibanggakan, pembangunan pendidikan juga dalam diam tidak ketinggalan menongkah arus kemajuan Terengganu dengan penubuhan IPTA dan IPTS yang semakin banyak hingga anak watan negeri ini tidak perlu keluar untuk menimba ilmu ekoran keprihatinan kerajaan negeri yang tidak pernah menafikan hak pendidikan kepada rakyat.

Dari sudut pembangunan ekonomi jangka masa panjang pula,  pelaburan masuk ke Terengganu daripada negara China sebanyak 21 billion dijangka akan memacu lagi ekonomi negeri ini pada Januari tahun hadapan.
Bagaikan bulan jatuh keriba, pelaburan bijih besi yg bakal dibangunkan,setelah dikenal pasti melalui satelit pada masa akan datang akan menambahkan lagi perolehan pendapatan negeri Terengganu bertambah bahkan mampu mengatasi perolehan petroleum dan gas sekirannya telah dibangunkan.

Ini berbeza dizaman pemerintahan konservatif parti berhaluan kiri terdahulu apabila rakyat seringkali dimomokan dengan pelbagai  berita dan cerita yang negatif tentang pemerintahan pusat seterusnya menanam sikap skeptikal yang bukan sahaja boleh merencat pembangunan negara malahan boleh menyemai rasa benci kepada kerajaan.

Namun, pembangunan progresif  yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini telah menjadi bukti empirik bahawasanya kerajaan yang baik bukan dinilai melalui kebijakan pemimpinnya mengutuk pihak lawan sebaliknya usaha yang dilakukan menjalankan amanah yang telah diberikanlah yang menjadi keutamaan.

Ini langsung tidak mampu mencelikkan mata & pemikiran yang telah taksub dan terasuk.

Sinkronisasi ini juga menjadi bukti bahawa komitmen kerajaan Terengganu dalam gerak kerja melestarikan pembangunan secara menyeluruh kepada rakyat telah berjaya menolak dakyah negatif yang cuba diterapkan oleh pihak yang senantiasa dahaga untuk mengambil alih kuasa pemerintahan walaupun pernah diberikan peluang dan gagal.

#P040A

Kemaman - Pertandingan Bubur As-Syura Eratkan Silaturrahim Pemimpin dan Masyarakat

BINJAI - Pertandingan Bubur As-Syura Peringkat Daerah Kemaman telah diadakan dengan penyertaan melibatkan sebanyak 266 peserta yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan antaranya Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman, Pejabat Daerah Kemaman, JPJ Kemaman, Perpustakaan Daerah Kemaman, Majlis Belia Daerah Kemaman dan banyak lagi.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Negeri Terengganu pagi tadi. Beliau juga turut mengadakan lawatan di setiap khemah yang dan beramah mesra bersama penduduk di Kemaman ini. Cabutan bertuah juga turut menjadi acara sampingan bagi memeriahkan pertandingan ini. Menariknya juga Kelab Remaja Terengganu turut membuat tabung hulurkan bantuan kanak-kanak GAZA. Tabung ini akan dihulurkan kepada rakyat Palestin yang sekarang memerlukan bantuan.

Pertandingan bubur As-syura ini dikatakan berkaitan dengan peristiwa Nabi Nuh yang diselamatkan oleh banjir besar, maka dibuatlah makanan yang ada. Dari segi penilaian pertandingan ini dibuat adalah dari segi rasa, kebersihan dan kreativiti peserta. Pertandingan ini adalah kali ke-4 yang telah diadakan di mana sebelum ini diadakan di Dun Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih.


Menurut En.Zulkifli Muhammad, Program ini amat sesuai untuk mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain, ianya memberi peluang masyarakat setempat menonjolkan kreativiti mereka dan juga memberi peluang masyarakat mengenali pemimpin sedia ada.


Dalam pada itu, kerjasama  pasukan yang wujud di antara satu sama lain memukkan semangat berkumpulan yang jitu di kalangan rakyat Terengganu, ini juga menunjukkan program menyatupadukan masyarakat dengan lebih ampuh lagi.

Pemimpin Prihatin, Rakyat Terjamin


Rakyat adalah nadi sesebuah negara. Rakyat yang produktif  mampu membawa negara ke tahap yang maju seiring dengan negara-negara yang lain dari segi pembangunan ekonomi. Rakyat juga mampu merubah politik setempat. Dengan itu, 'rakyat' adalah aset penting untuk dijaga dan diberikan perhatian agar pendirian mereka tidak mudah goyah.

Pemimpin merupakan ketua bagi sesebuah komuniti setempat dan mengetuai kumpulan tersebut. Isu yang timbul apabila sesetengah pemimpin memegang tampuk pimpinan alpa dengan tanggungjawab mereka dan lupa kepada harapan rakyat. Keinginan rakyat dibiarkan. Permintaan rakyat tidak dilaksanakan. Dengan itu, rakyat kecewa dan mula menyimpan perasaan tidak berpuas hati. Perkara ini mampu menggugat kedudukan pemimpin tersebut di masa hadapan.

Kenapa perlu wujud situasi seperti ini? Perkara ini mungkin sebilangan pemimpin tidak mengambil endah dan merasakan kedudukannya masih seperti dulu, yang mana sokongan rakyat dibawahnya masih teguh dan utuh. Kita perlu luaskan pandangan kerana rakyat di zaman kini tidak sama seperti 10 tahun yang lalu yang mana minda mereka masih terikat dengan tradisi. Namun keadaan sekarang sudah berubah dimana minda rakyat golongan muda kini terbuka. Mereka tahu menilai berdasarkan pendapat, pengetahuan semasa serta mudah  mendapat info-info melalui media massa dan  media baru.

Sebagai pemimpin, kita perlu bijak menyelesaikan permasalahan ini. Pemimpin harus berusaha melaksanakan tanggungjawab dan janji-janji yang masih belum dilaksanakan. Segala 'hutang-piutang' harus dilangsaikan agar rakyat masih percaya dengan kepimpinan dan tidak mustahil masih mengharapkan agar pemimpin tersebut masih memimpin mereka. 

Ini yang kita harapkan untuk masa hadapan negara supaya masih kekal dalam pemerintahan kerajaan sedia ada. Isu-isu yang timbul bermula dari akar umbi. Oleh itu, pemimpin  harus turun padang dan melihat sendiri permasalahan rakyat sekalian. Rakyat melihat pemimpin dalam pelbagai sudut. Perkara yang dianggap remeh oleh sebilangan 'orang-orang besar' adalah perkara yang berat dipikul khususnya oleh penduduk kampung.

Pemimpin juga harus melihat hasil kerja orang bawahan kerana terdapat perkara yang timbul disebabkan oleh 'orang perantara' ini tidak melaksanakan tugas seperti yang diarahkan. Mungkin pemimpin hanya memantau perlaksanaan sesuatu perkara tetapi tidak melihat atau memastikan kesan positif hasil usaha murni tersebut. Seperti contoh pemberian bantuan kepada penduduk kampung, sebilangan mereka terasa terabai disebabkan sebilangan daripada perantara pemimpin tersebut memberikan sumbangan kepada penduduk kampung yang tertentu sahaja.

Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin harus melihat permasalahan di peringkat akar umbi. Adakalanya penduduk kampung terasa terabai disebabkan perkara-perkara yang remeh. Penduduk kampung biasanya adalah orang yang sensitif dan mudah terpengaruh kerana mereka tidak akan mencari kebenaran dan hanya melihat kepada logik akal sahaja. Marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk menjadikan diri sebagai seorang pemimpin yang disanjung, disayang dan mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Semoga usaha murni membantu sebaik yang mungkin dan menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya akan mendapat imbuhan di akhirat kelak.

#P040A

Pemberian Tanah Generasi Kedua Felda Dalam Proses - Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri menjelaskan bahawa permohonan peneroka Felda Neram 2 untuk mendapatkan lot perumahan bagi peneroka generasi kedua membina rumah baru di kawasan tanah rancangan berkenaan, masih didalam proses perlaksanaan.

Tanah-tanah sudah dikenalpasti untuk dijadikan penempatan baru terutama kepada anak peneroka di Felda berkenaan.

Langkah itu bagi membolehkan anak peneroka terus tinggal di dalam rancangan tanah Felda dan dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan pihak Felda.

Dijangka perumahan baru yang mencukupi boleh dibina di kawasan yang disediakan dan ia akan menyelesaikan persoalan penduduk di Felda terbabit.

Berikutan rungutan dari masyarakat Felda Neram 2 kelmarin, kerajaan negeri juga tidak ada masalah untuk meluluskan permohonan peruntukan kos pembinaan daripada peneroka terbabit dengan segera jika ada penduduk yang mempunyai kawasan tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak rumah.

- P040 B

Dakyah Pembangkang Isu Penceramah Luar Jadi Senjata Tumpul Pembangkang Di Ibok Kemaman

salah satu kawasan di Kampung Ibok Kemaman
Pakatan pembangkang memang terkenal dengan pelbagai dakyah yang disebarkan sehingga lah ke isu penceramah luar juga dijadikan bahan untuk menghentam kerajaan. Begitulah nasib yang dihadapi oleh penyokong-penyokong kerajaan di Kampung Ibok daerah Kemaman Terengganu.

"UMNO dan BN Terengganu 'dok ghok' (tidak berupaya) untuk menolak kenyataan bahawa PAS akan menggantikan UMNO sebagai teras kerajaan negeri Terengganu, sebab itu mereka mengupah penceramah luar. Begitulah kenyataan oleh salah seorang penduduk di Kampung Ibok apabila ditemuramah.

Sepatutnya dakyah atau tuduhan sebegitu tidak wajar dijadikan isu oleh pembangkang kerana perkara yang sama juga dilakukan oleh pembangkang dengan mengupah penceramah-penceramah selebriti yang terdapat di Malaysia. Adakah mereka penceramah tempatan? Tidak bukan??? Jadi Pembangkang tidak harus mainkan isu tersebut.

Oleh kerana itu, isu penceramah luar tidak sepatutnya timbul kerana PAS sendiri melakukan perkara tersebut dan itu boleh dikatakan sebagai meludah ke langit. Oleh itu rakyat tidak harus menerima dakyah mengarut yang dikeluarkan oleh Pembangkang.

Walau bagaimana pun, rata-rata penduduk di kampung Ibok sudah sedar dengan penyebaran dakyah tersebut, namun masih mencurigai kerajaan negeri Terengganu disebabkan isu Penasihat Menteri Besar Terengganu yang dikatakan bukan penduduk tempatan.

Rasanya itu juga tidak sepatutnya dijadikan isu kerana siapa pun penasihat MB, tidak menjadi masalah kerana pentadbiran kerajaan Terengganu dilihat agak baik dan dapat dilihat pelbagai pembangunan telahpun dibuat oleh kerajaan seperti sistem perparitan dan keujudan institusi perniagaan kecil untuk penjanaan ekonomi rakyat.

Walaupun kampung Ibok merekodkan kemenangan tipis BN pada pilihanraya yang lepas dengan hanya mendapat jumlah majoriti sebanyak 41 undi, namun apa yang harus disedari oleh penduduk di Ibok ialah segala dakyah oleh pembangkang masa kini tidak boleh diambil kira kerana semuanya tidak memberi kesan untuk menjatuhkan kerajaan.

Senjata tumpul yang digunakan oleh pembangkang hanya untuk mengaburi mata rakyat sahaja sedangkan perkara tersebut hanya remeh untuk dijadikan isu. Oleh itu, sudah ramai penduduk kampung Ibok sudah sedar dan kembali menyokong kerajaan.

P040A

Bukti Penduduk Felda Cerul Tolak Pakatan Rakyat

Apabila sesebuah organisasi mendapat nama dengan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan, itulah satu-satunya bukti di mana kerajaan sangat mengambil berat dan memperjuangkan hak penduduk-penduduk peneroka.

Ianya terbukti di Felda Cerul Sungai Putih Kemaman Terengganu di mana felda tersebut telahpun mengecapi pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan. Terbukti sokongan penduduk yang jitu kepada kerajaan telah membuktikan kejayaan felda tersebut.

Pembangkang yang mencipta kumpulan oren penentang kerajaan dilihat sia-sia oleh penduduk Felda Cerul kerana apa yang dikecapi selama berzaman di felda tersebut boleh dikatakan sempurna dan cukup untuk melengkapi kehidupan mereka sebagai penduduk felda.
Apabila Felda Cerul menjadi juara dua tahun berturut-turut bagi pertandingan felda tercantik untuk peringkat kebangsaan. Ini semua merupakan bukti kerajaan sentiasa mengambil berat kepada penduduk felda yang memberi sepenuh kerjasama untuk pembangunan negara. 

Bayangkan sekiranya pembangkang yang tiada pengalaman memerintah negara Malaysia, adakah mereka boleh memberi dan membantu penduduk felda seperti apa yg kerajaan beri sekarang? Pabila dilihat kumpulan OREN yang ditubuhkan pun mengecapi kegagalan, apatah lagi hendak mentadbir felda yang kini sudah sedia sempurna.
Mungkin ada beberapa penduduk felda yang kecewa menyokong pembangkang di Malaysia ini. Cuba anda sisat dan lihat mereka yang menjadi pembangkang, adakah mereka mengecapi kejayaan seperti yang ditunjukkan di Felda Cerul? Sudah tentu kegagalan yang akan diperolehi. Ini terbukti apabila anda melihat perbezaannya sendiri.

Kesimpulannya, sokongan penduduk felda kepada kerajaan sudah pasti akan membuahkan hasil seperti yang diperolehi oleh penduduk Felda Cerul. Bukalah minda agar lebih terbuka untuk menyokong kerajaan dalam memajukan institusi yang memberi anda rezeki selama ini. 

P040A


Sokongan Padu Belia FELDA


Pasukan Futsal Wanita

Karnival Sukan Anak Muda Peti Undi  FELDA Neram 2/ Bandar Cheneh Baru berlangsung  meriah dengan pelbagai pertandingan sukan seperti futsal, karom, sepak takraw, dan ping pong. Penglibatan masyarakat setempat yang bermula sejak awal pagi ini amat menggalakkan. Penyertaan keseluruhan adalah seramai  200 orang.

“Aktiviti seperti ini sebenarnya amat baik diterapkan kepada golongan muda agar mereka tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat”, Sdra. Sani B. Abdul Rahman, Pengurus  FELDA Neram 2.



Sdra. Abdul Sani B. Abdul Rahman

Selain dapat menghimpunkan  pelbagai generasi untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat, karnival ini juga dapat dijadikan satu medium bagi mencungkil  bakat yang terpendam di kalangan belia FELDA . Tidak mustahil sekiranya mereka berpotensi, mereka berpeluang untuk berbakti untuk negeri Terengganu sendiri mahupun Negara sebagai peserta dalam bidang sukan.

Felda Cherul  1 dan 2  turut menjadi perhatian  seluruh negeri Terengganu  kerana  pernah menerima Anugerah Kampung Tercantik  kategori ‘Edible Garden’  peringkat Felda Kebangsaan selama dua tahun berturut-turut. Setiap anugerah, kampung ini menerima RM20, 000.

 FELDA Cherul, Kemaman

Menurut Sdra. Mohd. Fauzi B. Mat Adam, kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah atas kerjasama semua pihak termasuk golongan belia. Penglibatan belia amat memberangsangkan termasuk dalam keselamatan dan keceriaan kampung. Untuk mencapai kejayaan yang membanggakan ini, kerajaan turut bekerjasama  membantu terutamanya daripada YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek  dan YB. Wan Abdul Hakim B. Tan Sri Wan Mokhtar, ADUN Air Putih.  

Keunikan dan keindahan kampung ini terserlah apabila setiap rumah menanam tanaman sebagai salah satu sumber makanan asas seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di sekitar rumah masing-masing.  Tumbuh-tubuhan tersebut akan dimakan sendiri dan juga di jual di pasar tani. Ini juga menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk setempat.

#P040A 


Friday, December 7, 2012

Isu Pemberian Tanah : Generasi Kedua Felda Tuntut Penjelasan Kerajaan Negeri

400 lot tanah yang dijanjikan untuk diagihkan kepada generasi kedua Felda seluruh Terengganu masih  dipersoalkan tarikh penerimaannya oleh penduduk Felda Neram 2.

Dakwa mereka, lot-lot tanah ini dijanjikan oleh Menteri Besar sendiri bagi memastikan golongan generasi kedua dapat memiliki tanah sendiri sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu dalam pertemuannya dengan wakil Felda telah berjanji untuk  mengenalpasti tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah kerajaan.

Pihak Pejabat Tanah dan Daerah telah diberikan tugas untuk membuat `layout’ dan berbincang dengan pihak berkenaan untuk diagihkan kepada peneroka (generasi kedua) Felda untuk masa depan mereka bagi mendirikan rumah sebagai penempatan mereka.

Namun sehingga kini ia masih belum mencapai sebarang keputusan dan penduduk juga tak dimaklumkan tentang perkembangan hal berkenaan.

Seorang anak felda generasi kedua yang ditemui (tidak mahu dikenali) menyatakan perasaannya bahawa sampai bilakah perlu dia menunggu untuk mendapatkan jawapan berkenaan pemberian tanah tersebut.

"Bukanlah saya tamakkan harta tetapi saya hanya menuntut apa yang telah dijanjikan." Ujarnya lagi.

-- P040 B

Warga Kemaman Memeriahkan Padang Astaka Majlis Perbandaran.



Keletihan sepanjang minggu seperti bekerja, belajar dan sebagainya seringkali mengundang stress dan kemurungan terhadap satu-satu individu yang mana boleh menimbulkan pelbagai impak yang negatif seterusnya memberi kesan terhadap pembangunan negara.

Justeru itu, inisiatif kerajaan negeri mengadakan aktiviti hujung minggu seperti senamrobik yang bertempat di Padang Astaka Kemaman ini dilihat sebagai satu langkah murni kerajaan untuk membentuk rakyat yang  kekal sihat,cergas dan proaktif.

Selain itu,program yang terbuka untuk semua lapisan masyarakat ini memberi ruang untuk warga tempatan   bergaul dengan orang ramai dan dapat mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat yang telah terjalin selama ini.

Fasiliti yang  cantik dan serba lengkap ini telah terbukti memudahkan warga Kemaman untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu berikutan penempatannya yang strategik dan terletak berhampiran pusat bandar.

Jelas di sini, pembangunan yang dibawa oleh kerajaan selama ini dalam menjadikan Kemaman sebagai bandaraya yang maju  tidak menafikan hak rakyat untuk menjalani kehidupan yang sihat dan cergas. Ini sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat yang sihat melalui medium kecergasan.



-P040A

Pasar Tani Padang Astaka Buka Peluang Warga Kemaman Jana Pendapatan



Pasar Tani Padang Astaka yang terletak di tengah-tngah pusat bandar Kemaman merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menjana ekonomi setempat. Pasar yang mempunyai hampir 200 buah gerai yang menyediakan pelbagai jenis jualan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk berniaga di situ.

Pasar yang sepanjang 100 meter itu mempunyai pelbagai jenis barangan seperti pakaian, makanan serta barangan keperluan harian. Di Pasar tani Padang Astaka juga menyediakan kemudahan meletak keret yang banyak untuk kemudahan pengunjung meletak kereta.

Pelbagai sayuran boleh didapati di pasar tani tersebut dimana hampir kesemua peniaga dapat menjual hasil pertanian mereka secara terus kepada pembeli tanpa melibatkan orang tengah. Ini membolehkan peniaga mendapat keuntungan secara langsung dari pembeli tanpa sekatan. Pasar tani menawarkan potongan harga barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ayam lebih murah berbanding dengan harga pasaran yang ada.

Usaha kerajaan bagi menaikkan ekonomi harus disedari oleh semua rakyat setelah terbinanya sebuah pasar untuk kemudahan orang awam seperti yang terdapat di Padang Astaka Kemaman. Pelbagai peluang perniagaan yang disediakan adalah hasil kebijaksanaan kerajaan yang memerintah.

Selain daripada peluang perniagaan, di pasar tani Padang Astaka juga menjadi tempat tumpuan penduduk sekitar untuk bertemu rakan-rakan setempat. Terdapat pelbagai kaum yanga datang ke pasar tersebut, di mana ianya melambangkan perpaduan dan mengamalkan konsep gagasan satu Malaysia.

Berhampiran pasar Tani Astaka juga terdapat pelbagai kemudahan untuk rakyat beriadah sambil membeli belah. Pasar tani yang disediakan oleh Majlis Perbandaran dilihat cukup sempurna dan menyediakan fasiliti yang lengkap kepada pengunjung yang datang.

Apa yang dapat dikenal pasti adalah usaha kerajaan menyediakan pasar Tani Astaka adalah berbaloi untuk rakyat terus menyokong kerajaan Barisan Nasional. Tiada alasan untuk menolak kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya. Oleh itu anda sebagai rakyat perlu berfikiraan matang bagi menilai baik dan buruknya sesebuah kerajaan.

-P040A- 

Thursday, December 6, 2012

Pengarah IKBN Kemasik Bangga Lahir 80% Pelatih Yang Bekerjaya


Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Terengganu telah ditubuhkan pada 19 Disember 2007 dan mula beroperasi secara rasminya pada 18 Oktober 2010. IKBN Kemasik telah dirasmikan sendiri oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Institut yang didirikan diatas keluasan seluas 50 ekar ini mampu menampung sehingga 500 orang pelatih pada satu masa dan telah memulakan sesi pengambilan pertama pada Julai 2011.

Mohd Fauzi Bin Hj Ariffin, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik berbangga kerana IKBN Kemasik telah melahirkan ramai belia yang mahir dalam pelbagai bidang. " Hampir 80% pelatih yang sudahpun mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka di IKBN ini ".  Antara kebanggaan utama IKBN Kemasik ialah telah berjaya menghasilkan tenaga kerja bagi membantu kemajuan ekonomi di Malaysia.

IKBN Kemasik juga menghasilkan tenaga kerja dalam bidang pengurusan latihan di mana terhasilnya pekerja-pekerja dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga pekerja mahir dalam jabatan hospitaliti , perhotelan, perkhidmatan personel, dan multimedia. IKBN Kemasik menjalankan konsep latihan bersepadu di mana melibatkan kemahiran teori dan praktikal.

Usaha kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan yang baik telah tercapai dengan terhasilnya belia yang berjaya. Antara kejayaan kerajaan yang jelas dapat dilihat ialah produk dari IKBN di mana sudah ramai belia yang kurang mahir dalam akademik mendapat pekerjaan dan menjadi orang yang berguna untuk negara.

Kejayaan belia-belia lepasan IKBN Kemasik adalah kerana kerajaan telah menyediakan sebuah pusat pengajian yang sangat selesa. Antara kemudahan yang terdapat di IKBN Kemasik ialah seperti tempat tinggal, makanan dan minuman secara percuma. Kemudahan fasiliti yang disediakan sedikit sebanyak membantu pelatih memberi lebih tumpuan dalam pembelajaran. Selain dari itu pelatih juga diberi wang saku sebanyak RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa menjalankan latihan industri.

Pengarah IKBN Kemasik sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah menyediakan sebuah institusi pengajian yang serba lengkap dan sempurna. Ini menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam menitik beratkan pendidikan kepada golongan belia yang kurang bernasib baik untuk meneruskan pengajian di IPTA dan IPTS yang memerlukan kelulusan akademik yang tinggi.

Kesimpulannya peluang yang telah diberikan oleh kerajaaan ini adalah bukti yang menunjukkan keperihatinan kerajaan bagi menghasilkan golongan belia yang berjaya untuk bekerja dalam pelbagai bidang.

Bukti Kerajaan BN Bantu Peniaga

Pantai Kemasik yang terletak di Kemaman  kelihatan indah dan meriah dikunjungi  pelbagai lapisan masyarakat. Keindahan pantai yang semulajadi menjadi tarikan pelancong  samada dari dalam mahupun dari luar Negara. Keunikan pesisir pantai dan keindahan hamparan Laut China Selatan yang damai memberi  ketenangan kepada para pengunjung yang hadir.

Penduduk sekitar tidak melepaskan peluang yang sedia ada. Minat berniaga membawa Cik Salina Bt. Ibrahim  terlibat dalam aktiviti berniaga makanan di kawasan gerai menjual makanan yang disediakan oleh pihak  Majlis Perbandaran Kemaman.

Berkongsi pengalaman bersama beliau yang telah berkecimpung dalam bidang ini di kawasan tersebut sejak 7 tahun yang lalu amat menarik. Menurut beliau, perniagaan sebelum ini dijalankan di kawasan lain yang kecil dan tiada kemudahan. Namun, peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan ini tidak dilepaskan begitu sahaja.


Antara pemandangan kawasan pesisir pantai yang menarik.

Selain gerai jualan yang luas dan disediakan semua kemudahan untuk para peniaga, beliau juga menerima bantuan dari segi modal pusingan dari MARA sebelum ini. Akan tetapi kini beliau  menerima tawaran dari  Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK). Pernah juga pihak Tekun Nasional datang bertemu beliau untuk menawarkan pinjaman kewangan. Namun beliau tolak tawaran tersebut kerana bagi beliau bantuan daripada  Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) cukup dan memadai untuk meningkatkan perniagaan beliau.

Cik Salina Bt. Ibrahim, Peniaga

"Sebelum ini, memang pengunjung sekitar biasa makan kat gerai saya ni. Jadi, majoriti pelanggan  saya ni adalah mereka yang kenal saya. Lagipun, gerai di sini disediakan dengan kemudahan seperti air dan elektrik", Cik Salina Bt. Ibrahim.


Dari segi ekonomi, beliau sememangnya berasa teruja kerana sumber pendapatan juga meningkat walaupun kehadiran pengunjung adakalanya bermusim. Apabila tiba musim cuti sekolah, ramai pengunjung datang berkungjung bersama keluarga masing-masing. Pengunjung dari luar Negara juga  turut sama menyaksikan keindahan alam yang terdapat di Malaysia ini khususnya di Kemaman. 

Akhir sekali, beliau mengharapkan agar tempat tersebut mendapat publisiti meluas supaya bilangan pengunjung semakin bertambah dan seterusnya meningkatkan pendapatan para peniaga di kawasan berkenaan. Selain itu, pihak berkuasa terutamanya kerajaan perlu sentiasa memantau kawasan tersebut sekiranya perlu penambahbaikan atau sebagainya demi kebaikan bersama.

Kawasan permainan kanak-kanak disediakan berhampiran pantai.

P040A


Kehadiran Mazlan Aliman Tidak Diundang!!


Konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Neram 1 hingga ke Felda Besut di Negeri Terengganu telah mendapat bantahan sekeras-kerasnya daripada belia dan peneroka Felda sendiri.

Mewakili suara belia serta peneroka Felda yang ternyata tidak selesa dengan cubaan ANAK yang jelas mempunyai kepentingan politik, satu  laporan polis dibuat di Balai Polis Kemaman bagi menghalang kemasukan konvoi tersebut ke kawasan Felda mereka.

#P040A

Penduduk Kg. Gong Pauh Mahu Masalah Banjir Diselesaikan


Penduduk Kg. Gong Pauh menggesa pihak berkuasa untuk lebih serius tangani masalah banjir yang kerap kali berlaku di kawasan ini kerana permasalahan ini sudah melampaui batas kesabaran penduduk.

Masalah ini berpunca dari permasalahan sistem perparitan yang mana saiz parit di sini terlalu kecil dan tidak mampu untuk menampung jumlah air yang banyak sekiranya berlaku hujan yang lebat.

Acapkali penduduk suarakan kehendak mereka agar sistem perparitan disini ditambah baik seperti dibesarkan saiznya dan melakukan pembersihan sampah sarap.

Seorang penduduk yang ditemui, Azhar Tan (57) berkata, banjir yang kerap berlaku telah menyebabkan banyak barang-barang elektrik di rumahnya telah rosak malah dinding rumah juga telah menjadi kotor yang teramat sangat.

"Dimana kata-kata pemimpin yang kononnya mendahulukan rakyat? Hari ini rakyat benar-benar ditimpa kesusahan tetapi kami dibiarkan." Ujarnya lagi.

Penduduk disini memohon untuk kali terakhir kepada sesiapa yang berkaitan untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar yang segera.

-- P040 B

JKKK Digesa Lebih Mesra Belia

Golongan muda di Parlimen Kemaman mahukan barisan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih bersifat mesra dan memahami kehendak golongan ini.

Golongan ini melihat JKKK adalah seperti sebuah organisasi "orang-orang tua" kerana anak muda tidak dilibatkan dalam kepimpinan organisasi ini.

JKKK pada masa kini walau dimana jua kita boleh lihat, barisan kepimpinannya terdiri daripada majoriti warga yang seudah berumur sahaja.

Bukanlah anak muda tidak mahu melibatkan diri, tetapi kehadiran anak muda dalam JKKK ini dilihat amatlah tidak disenangi malah jika mereka bersuara, sudah pasti suara mereka tidak akan didengari.

Penglibatan anak muda seharusnya digiatkan lagi kerana perubahan pada corak politik pada masa kini melihatkan anak muda adalah merupakan kuasa besar dalam negara ini dan seharusnya mereka dilibatkan dalam sesuatu proses pembangunan.

Maklumlah bagi warga yang sudah berumur ini, suara anak muda adalah suara mentah sahaja.

Disebabkan itu, anak muda lebih cenderung untuk melibatkan diri bersama pertubuhan belia.

Anak muda Kemaman mahukan transformasi JKKK!

-- P040 B

Wednesday, December 5, 2012

Menilai "politik bersekedudukan" Pas


'ADAKAH nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah matlamat telah menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak melibatkan orang lain, tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta fitnah, propaganda jahat dan pendustaan yang ditujukan kepada UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.''

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pas ketika beliau menghuraikan sikap parti pembangkang tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini.

Politik Agama: Malala, Taliban dan Awal Muharam

Waima di Malaysia kini, di dalam masjid sekali pun, suasana wasatiyyah itu sudah berubah. Banyak khatib-khatib dan alim-alim kita datang dari mardasah atau sekolah yang membawa pelbagai pendekatan dari serata dunia.

Ada juga yang membawa aliran wahabi. Ramai juga yang kini mengamalkan aliran syiah Iran. Itu tidak mengambil kira aliran Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme (SEPILIS) -- yang meletakkan kebenaran agama-agama sebagai kebenaran relatif dan menempatkan agama-agama pada posisi yang setara (sama), apapun jenis agama itu. Penganut fahaman ini meyakini (iktikad) semua agama adalah jalan yang berbeza-beza menuju Tuhan yang sama.
Khatib khutbah pun sudah ada yang membaca khutbahnya dengan begitu kasar sekali.

Minggu lalu saya bersolat Jumaat buat pertama kalinya di sebuah masjid di Damansara (tak perlu sebutlah). Suara khatib berkhutbah seolah-olah menjerit-jerit. Dari jauh semasa berjalan menuju ke masjid, saya sudah tertanya-tanya di dalam hati -- mengapa perlu menjerit-jerit begitu? Saya sendiri pun gementar mendengarnya.

Walaupun bunyi khutbahnya cukup power, tapi nadanya boleh dilunakkan. Selepas khutbah, kedengaran suaranya parau kerana menjerit-jerit tadi. Selepas solat Jumaat dan diikuti solat hajat, khatib dan imam itu siap bertempik takbir sebanyak tiga kali. Mendengar makmum kurang bersemangat menyahut takbir, tok imam tadi menguatkan tempikkan supaya makmum lebih bersemangat.

Hebat khatib itu. Semangatnya terlalu berkobar-kobar.

Itu tidak kira lagi ustaz-ustaz yang semakin banyak mengiklankan wajah-wajah mereka di simpang-simpang jalan. Lagi kasar mereka. Lagi lantang mereka. Lagi banyak kutuk-mengutuk. Lagi laku mereka ini.

Sifat kesederhanaan kita kini sedang diuji. Politik keagamaan sudah memainkan peranannya untuk menukar corak ini. Kita, orang Melayu kini sudah semakin kasar? Benarkah?