Isu pembangunan seringkali dijadikan modal atau senjata yang dianggap ampuh untuk mengkritik kerajaan
sedia ada, bukan sahaja di negeri yang mempunyai penduduk seramai 1.5 juta ini malahan
di seluruh negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional oleh pihak
pembangkang dewasa ini.
Kegagalan dalam membangunkan negeri Penyu Menangis ini telah
menjadi skrip wajib yang seringkali
dipentaskan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah yang diadakan di sini bagi
melahir biakkan perasaan prasangka terhadap pemerintah di negeri ini
Namun kegagalan yang sebenar ialah kegagalan pihak
pembangkang dalam melihat kejayaan demi
kejayaan yang dikecapi Terengganu sepanjang perkhidmatan yang diberikan oleh Barisan
Nasional. Berkeluasan 12,955 kilometer persegi secara perlahan-lahan Negeri ini
menembusi tembok dan benteng untuk berdiri sama tinggi dengan negeri lain dan
inilah kegusaran yang sedang melanda pembangkang.
Salah satu kejayaan yang ditempa adalah kejayaan pembangunan
sukan sehingga berjaya melahirkan jaguh basikal dunia, Azizulhasni Awang.
Melengkapkan lagi kecemerlangan adalah kehadiran ratu basikal Asia, Fatehah
Mustafa. Bola sepak juga telah berjaya berada ditahap yang membanggakan. Ini bukan sahaja telah mengharumkan nama Malaysia
malahan telah memartabatkan Terengganu
sebagai sehingga negeri ini tidak boleh dipandang enteng dalam arena sukan.
Jika pembangunan sukan bukanlah agenda yang boleh dibanggakan, pembangunan pendidikan juga dalam diam tidak ketinggalan menongkah arus kemajuan Terengganu dengan penubuhan IPTA dan IPTS yang semakin banyak hingga anak watan negeri ini tidak perlu keluar untuk menimba ilmu ekoran keprihatinan kerajaan negeri yang tidak pernah menafikan hak pendidikan kepada rakyat.
Jika pembangunan sukan bukanlah agenda yang boleh dibanggakan, pembangunan pendidikan juga dalam diam tidak ketinggalan menongkah arus kemajuan Terengganu dengan penubuhan IPTA dan IPTS yang semakin banyak hingga anak watan negeri ini tidak perlu keluar untuk menimba ilmu ekoran keprihatinan kerajaan negeri yang tidak pernah menafikan hak pendidikan kepada rakyat.
Dari sudut pembangunan ekonomi jangka masa panjang pula, pelaburan masuk ke Terengganu daripada negara
China sebanyak 21 billion dijangka akan memacu lagi ekonomi negeri ini pada
Januari tahun hadapan.
Bagaikan bulan jatuh keriba, pelaburan bijih besi yg bakal
dibangunkan,setelah dikenal pasti melalui satelit pada masa akan datang akan
menambahkan lagi perolehan pendapatan negeri Terengganu bertambah bahkan mampu
mengatasi perolehan petroleum dan gas sekirannya telah dibangunkan.
Ini berbeza dizaman pemerintahan konservatif parti berhaluan
kiri terdahulu apabila rakyat seringkali dimomokan dengan pelbagai berita dan cerita yang negatif tentang
pemerintahan pusat seterusnya menanam sikap skeptikal yang bukan sahaja boleh
merencat pembangunan negara malahan boleh menyemai rasa benci kepada kerajaan.
Namun, pembangunan
progresif yang dilakukan oleh kerajaan
negeri ini telah menjadi bukti empirik bahawasanya kerajaan yang baik bukan
dinilai melalui kebijakan pemimpinnya mengutuk pihak lawan sebaliknya usaha
yang dilakukan menjalankan amanah yang telah diberikanlah yang menjadi
keutamaan.
Ini langsung tidak mampu mencelikkan mata & pemikiran
yang telah taksub dan terasuk.
Sinkronisasi ini juga menjadi bukti bahawa komitmen kerajaan
Terengganu dalam gerak kerja melestarikan pembangunan secara menyeluruh kepada
rakyat telah berjaya menolak dakyah negatif yang cuba diterapkan oleh pihak
yang senantiasa dahaga untuk mengambil alih kuasa pemerintahan walaupun pernah
diberikan peluang dan gagal.
#P040A

oleh sebab mahu memBUTAkan terus mata penyokong2 mereka, maka diHARAMkanlah penyokong2 mereka dari menonton TV & membaca akhbar selain dr HARAKAH lain2 media pembangkang
ReplyDeletedalam jangka masa panjang, taktik ini berjaya memahat dlm otak penyokong2 mereka yg kerajaan tak pernah buat apa2 walaupun JALAN RAYA berturap sedang dibina di depan mata mereka
haramkan tu xda masalah la bro, nak tgk, tgk jugak, rakyat dah muak dan bosan terutama anak muda mmg tak tgk tv3suku.. Banyak yg kat atas tu lebih kepada janji je..hahahahaha itu hasil tuhan, bukan UMNOGOK punya..Jangan perasan la wei
ReplyDeleteitu yg pelik , kalau maksudnya HARAM...buat dapat DOSA....ini pemimpin sendiri haramkan utusan, pemimpin sendiri juga yg baca.....tolong jgn buat main hukum boleh tak?
Deletekalau dah tau TV3suku buat apa nak tgk?...maksudnya kalau dah gelar TV3suku tapi masih lagi nak tgk berapa SUKU pulak org yg tgk tu?
lebih kepada janji.....itu lah apa yg berlaku di Selangor, Manifesto bukan JANJI....ibu tunggal ditipu, budak tabika ditipu, org rumah flat ditipu etc...sebab itu pemimpin sedara takut dgn slogan JANJI DITEPATI
jadi kalau hasil tu dr pembangkang...bukan dtg dari Tuhan?...nak mengaku hasil dr sendiri?...pemerintahan UMNO/BN ni pun hasil dgn izin dr Allah & usaha berterusan UMNO/BN membantu rakyat...kalau tak berusaha, ingat Tuhan nak bg begitu saje?
hi anjing PR~ kih kih kih kih mmg tak tengok tv 3 , abis tuh kau ingat anak muda macam aku nak baca harakah? keadilan daily? kih kihk ih mmg tak ar hahah
ReplyDeletemmg hasil tuhan....terpikir mana ek pergi hasil bumi kelate? emas, balak, timah, kih kih kih celakocelakocelako..